Saturday, February 28, 2015
Saya sedang membuat homework.
Perghh banyak sangat homework yang perlu di siapkan.
Sambil-sambil saya menyiapkan homework ini jom saya putarkan 2 buah lagu.
https://www.youtube.com/watch?v=dqyyIUnCUuQ&spfreload=10
https://www.youtube.com/watch?v=wRiAGt2PpMc
Jom dengarkan lagu ini. Semoga anda semua terhibur.
Jumpa lagi..
Friday, February 27, 2015
ROTI TELUR BERSAMA CHEESE
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada petang ni saya ingin berkongsi makan petang bersama anda iaitu roti telur cheese.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 keping roti
- Cheese setengah keping
- 1 biji telur
- Sedikit majerin
- Lada sulah
Cara-cara membuat :
1) Celupkan roti ke dalam telur yang di pecahkan di dalam pinggan.
2) Sapukan telur pada roti sehingga rata.
3) Panaskan kuali dan masukan sefikit minyak untuk menggoreng roti tersebut.
4) Apabila kuali sudah panas, masukkan roti yang di salut telur tadi ke dalam goreng.
5) Gorengkan roti tersebut sehingga warna keemasan.
6) Apabila warna tersebut keeamasan, anda boleh mengangkat roti tersebut untuk di hidangkan.
7) Letakkan cheese di atas roti dan siap untuk di makan.
Selamat mencuba..
Thursday, February 26, 2015
LAGU POPULAR
Hari ni saya rasa letih baru habis kelas. Cuaca pun panas lagi. Apa kata kita dengar lagu dulu untuk rehatkan badan kita.
[MV] Hazama - Relakan Jiwa: http://youtu.be/omfew4v7PCo
Saya harap anda semua terhibur.
Wednesday, February 25, 2015
CUCUR UDANG RANGGUP
Assalamualaikum semua.
Petang-petang ni sedap juga kan kalau makan cucur udang. Jom kita lihat cara-cara membuat cucur udang.
Bahan-bahan membuat cucur :
3 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 sudu kecil baking powder-larutkan dengan setengah cawan air panas.
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
300 gram udang sederhana
Taugeh dan kucai secukupnya
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Masukkan dan gaul semua bahan cucur
kecuali larutan baking powder. Setelah sebati bahan di gaul masukkan larutan baking powder. Biarkan adunan selama 10 atau 15 minit.
Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng. Apabila minyak panas, masukkan adunan tersebut dalam anggaran 2 sudu. Letakan udang bersama adunan di dalam kuali dan goreng sehingga warna keemasan. Setelah warna keemasan, boleh di angkat untuk di hidangkan.
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Jumpa lagi.
24/02/2015
Assalamualaikum semua..
Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentabg tajuk pada 23/02/2015 iaitu Cuaca Di Malaysia Semakin Panas.
Saya ingin berkongsi tentang ramalan pada masa sekarang.Jabatan kaji cuaca meramalkan cuaca panas terik pada masa sekarang yang mungkin akan berlarutan hingga ke suku terakhir tahun ini.
Sementara itu pakar-pakar kesihatan menadihati orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan mereka melakukan aktiviti harian. Anda juga perlu minum air yang secukupnya supaya badan kita dapat membekalkan tenaga.
Walaupun anda terpaksa keluar rumah, jauhilah daripada berdiri di bawah matahari. Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak.
Di sini saja lah yang dapat kongsikan dengan anda semua. Saya harap anda perlu merabcang dahulu sebelum keluar dari rumah supaya anda berada dalam keadaan sihat.
Sekian, jumpa lagi
Monday, February 23, 2015
CUACA DI MALAYSIA SEMAKIN PANAS
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua.
Cuaca pada hari ni panas kan. Saya rasa seperti musim kemarau.
Untuk pengetahuan anda semua, kebanyakan tempat di Malaysia di landa cuaca panas dan kering. Kemungkinan keadaan ini akan berlarutan sehingga bulan september depan.
Menurut laporan berita, subang,Selangor
nencatat suhu setunggi 36.2 darjah celcius pada bulan Jun lepas manakala di ibu kota mencecah 36.0 pada Jun lepas.
Sampai di disini saja la saya dapat kongsi dengan anda semua.
Jumpa lagi.
Sunday, February 22, 2015
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
Selamat malam semua.Kepada anda semua yang ingin pulang ke rumah masing-masing berhati-hati di jalan raya.Jika anda ingin maklumat lengkap anda boleh dengar kesesakan trafik di corong radio..mahu pun di laman tersebut.
http://trafik.rmp.gov.my/copsportal/UserPage/TrafikNews.aspx?type=2