Assalamualaikum
semua..
Hari
ni saya tak berapa sihat sikit..
Maklumlah
cuti ni musim demam dan selesma.
Saya
nak kongsi dengan anda semua tentang demam.
Pengenalan
Demam
adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda
mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C,
jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam. Demam juga boleh
dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.
Apabila Kita Perlu Berjumpa Doktor
Jika
anda mempunyai gejala yang serius :
- Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
- Sakit perut, mata atau tulang pipi.
- Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
- Tiada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
- Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
Penyebab
Demam
- Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
- Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
- Demam malaria/denggi/HIV
- Penyakit sendi
- Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
- Barah/Kanser
Pencengahan
berlaku Demam
- Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
- Mengamalkan kebersihan .
- Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
- Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
- Ambil diet yang seimbang dan sihat.
- Di sini saja la yang saya dapat kongsi degan anda semua. Saya harap anda mengambil serius tentang demam.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment