Selamat malam semua..Hari ni saya nak kongsikan dengan semua tentang penyakit pneumokokus. Penyakit itu antara penyakit pembawa
maut yang paling mudah berjangkit pada hari ini. Dianggarkan seorang
bayi meninggal dunia setiap seminit di seluruh dunia akibat jangkitan
bakteria pneumokokus.
Apa itu pneumokokus?
Pneumokokus juga dikenali sebagai bakteria Streptococcus pneumoniae. Ia
adalah penyebab penyakit pneumokokus (PnD), penyakit yang amat mudah
berjangkit dan merebak di kalangan kanak-kanak melalui cecair yang
dilepaskan ke dalam udara apabila mereka bersin atau batuk. Pneumokokus
bukan sahaja boleh menyebabkan meningitis, malahan penyakit lain yang
berbahaya seperti pneumonia, bakteremia (kuman di dalam darah) dan
jangkitan telinga tengah.Penyakit PnD adalah punca utama penyakit serius di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia.
Jika dulu pakar pediatrik mendapati kes jangkitan Hib penyebab utama
penyebaran pneumokokus dan kematian yang membabitkan kanak-kanak berusia
bawah lima tahun, tetapi sejak 2005 kajian mendapati, PnD adalah punca
utamanya.Penyakit itu bukan saja menjangkiti kanak-kanak, malah warga emas
berusia melebihi 55 tahun berikutan sistem pertahanan badan yang agak
lemah.
Walaupun tiada sebarang ubat khusus untuk merawat PnD , ia masih boleh
di atasi dengan penggunaan vaksin. Lebih 20 peratus kanak-kanak membawa
kuman ini melalui hidung dan tekak. Justeru, suntikan vaksin amat
berfaedah bagi menghalang mereka dijangkiti.
Bagaimanakah vaksin pneumokokus bertindak?
Vaksin pneumokokus dihasilkan daripada lapisan luar protein dinding sel
bakteria yang berupaya untuk merangsang badan bayi anda mengeluarkan
antibodi. Keupayaan ini akan membantu badan bayi menghasilkan sel imun
khas untuk melawan jangkitan pneumokokus.
No comments:
Post a Comment